
Oleh Feyra Nasrom Sumber BH
Secara jujurnya, memang susah untuk kita lihat ciri-ciri perhubungan akrab sebegini antara pasangan yang sudah tidak bergelar suami isteri lagi.
Hubungan yang ditonjolkan oleh pelakon Norman Hakim, Memey Suhaiza dan Abby Abadi dipuji netizen malah keakraban mereka sungguh luar biasa dimana mereka bertiga begitu mesra seperti ahli keluarga sendiri.
Baru-baru ini, mereka bertiga menyambut ulangtahun suami Abby Abadi bersama dan gambar yang dimuat naik mendapat pujian oleh netizen dan menyatakan hubungan ini begitu mesra dan jelas terpancar kebahagiaan mereka sekeluarga.
Jelas Memey, dia dan Norman Hakim merancang untuk beraya bersama pada tahun ini dan idea untuk membelikan kek sempena ulangtahun Abby Abadi dan suami datang secara spontan , idea itu datangnya dari Memey sendiri dan Norman terus bersetuju dengan cadangan itu.

Tambah Memey lagi, mereka berempat sememangnya rapat sejak dulu lagi dan apa yang ditunjukkan dalam laman sosial bukan tayangan semata-mata malah ianya sekadar perkongsian mengenai keakraban mereka sekeluarga.
Memey menjelaskan bahawa kita perlu bersikap positif dalam pelbagai aspek dan jangan kusutkan fikiran dengan perkara negatif, insyaallah segalanya akan berjalan dengan lancar..
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.