Kredit gambar: @Adibah_noor/Instagram
Semua orang inginkan hari bahagia mereka serba serbi indah. Daripada busana yang menyaluti tubuh, pelamin, hantaran hinggalah kepada video perkahwinan. Dan sudah tentu lagu-lagu romantis, menjadi pilihan raja sehari ini untuk melatari majlis serta sebagai lagu latar video.
Terbaharu penyanyi Adibah Noor menegur mereka yang menggunakan lagu Terlalu Istimewa dalam video perkahwinan. Mereka yang menggunakannya mungkin tidak sedar bait-bait rangkap lagu itu mengisahkan kanak-kanak yang dibunuh dengan kejam oleh mereka yang tidak berhati perut.
Menurut Adibah Noor, lagu itu merupakan tribut khas kepada Allahyarham Nurul Huda Abdul Ghani yang menjadi mangsa rogol dan bunuh serta kanak-kanak lain yang senasib.
Kredit: Twitter @adibahnoor
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.