
Oleh Feyra Nasrom Sumber BH Online
Isu pelakon Aliff Aziz dan Afifah Nasir yang dikatakan berdua-duaan di pusat karoke hingga sanggup mengasari isteri sendiri, Bella Astilah setelah situasi itu dilihat sendiri olah isterinya menjadi bualan hangat orang ramai di Malaysia.
Netizen dikatakan berang dengan Aliff Aziz dan Afifah Nasir hingga pelbagai persepsi negatif yang keluar berikutan isu ini. Rata-rata menyalahkan Aliff Aziz kerana sanggup mengasari isteri yang sedang 20 hari berpantang demi perempuan lain.
Namun, baru-baru ini Aliff Aziz mengadakan sidang media meminta maaf dan mengakui kesilapannhya dihadapan umum
Kini, setelah 2 minggu mendiamkan diri, Afifah Nasir pula mengadakan sidang media bagi menjelaskan perkara yang terjadi.
Menerusi sidang tersebut, Afifah memohon maaf di atas apa yang berlaku dan meminta agar isu ini tidak dipanjangkan lagi. Afifah juga masih mempunyai penggambaran bersama Aliff Aziz yang perlu diteruskan dan mengenai Bella Astilah pula, Afifah akui dia faham dengan keadaan Bella dan langsung tidak menyalahkan Bella dalam soal ini.
Jelas Afifah, dia ada banyak bukti dari segi perbualan bersama Alif Aziz untuk menerangkan keadaan sebenar namun Afifah tidak mahu keruhkan keadaan dan membuka aib sesiapa.
Tambah Afifah lagi, dia akui kesilapannya apabila membenarkan Aliff Aziz memegang tangan . Dengan rendah diri , Afifah Nasir sekali lagi meminta maaf bagi pihak Bella Astillah dan juga kepada orang ramai yang berang dengan isu ini.
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.