
Oleh Feyra Nasrom Sumber mstar online
Kecoh satu Malaysia dengan isu Aliff Aziz pukul isteri demi pertahankan Afifah Nasir , adik kepada Anzalna Nasir setelah kantoi oleh isterinya ketika sedang berada di pusat karoke berdua-duaan.
Isu berkenaan jadi viral hingga melibatkan polis dan sebagainya, bahkan, segala kata-kata makian turut dilemparkan kepada Aliff Aziz dan pihak Afifah Nasir pula bertindak menyembunyikan ruangan komen dari netizen.
Enggan membiarkan perkara ini berlarutan, Aliff Aziz dan Bella Astillah mengadakan satu sidang media kelmarin untuk menjelaskan segala kontroversi yang berlaku. Segala pertanyaan wartawan dijawab dengan tenang oleh pasangan ini dan Aliff Aziz memohan maaf diatas kesalahan yang dilakukan. Berikut merupakan kenyataan Aliff Aziz terhadap sidang media :
“ Saya hanya manusia biasa yang tidak lepas dari membuat kesilapan dan saya akui segala perkara yang berlaku punyai sebab yang tak dapat saya jelaskan. Apa yang saya katakan, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, perkara sebenarnya saya dan Afifah sahja yang tahu “
“ Saya berharap pihak Afifah juga tidak berdolak dalik dan turut sama mrngaku salah, jangan tegakkan benang yang basah , jika niatnya untuk menjaga reputasi, ia sudah pun berakhir”
Walau bagaimanapun, Aliff Aiz terkilan dengan kenyataan surat khabar yang mengatakan dirinya memukul isteri sedangkan dia hanya mengasari Bella tanpa sengaja.

“ Saya bukan kaki pukul dan tidak pernah memukul siapa-siapa dengan sengaja”
Kini, kenyataan dari pihak Aliff sendiri sudah terjawab, media berharap pihak Afifah Nasir turut tampil memberikan penjelasan di atas kontroversi yang berlaku ini. Apa-apa pun, kita doakan agar perkahwinan Aliff Aziz dan Bella Astillah kekal sampai bila-bila.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.