Oleh Ezaura Rafe. Sumber Astro Gempak
Sebelum ini Anzalna ada mengeluarkan kenyataan “Perempuan Baru Lepas Bersalin Lain Sikit Perangai, Bak Kata Orang Meroyan “.Ianya telah menimbulkan kemarahan netizen dan diatas perkara itu, Instagram Anzalna diserang bertubi-tubi dengan kata-kata yang kasar.
"Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi?
"Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita.
"Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana," kata Anzalna kepada Astro Gempak.
"Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan". Anzalna telah menukar akuan Instagramnya dari umum ke private dan tidak ingin melibatkan diri dalam perkara mereka.
Anzalna memberitahu, berkenaan kejadian tersebut, nantikan kenyataan dari adiknya Afifah Nasir.
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.