Kebelakangan ini produk mencerahkan gigi menggunakan arang menjadi sensasi sehinggakan doktor selebriti, Dr Amalina Che Bakri terpanggil untuk menjelaskan tentang isu ini.
Menurut satu entrinya di Twitter, Dr Amalina memaklumkan yang arang tidak memutihkan gigi dan tiada kajian arang mampu memutihkan gigi. Arang boleh membersihkan gigi tetapi tidak memutihkan gigi. Malah penggunaan jangka masa panjang menyebabkan lapisan gigi nipis dan melemahkan enamel.
Kenyataan itu dibuat Amalina menerusi status di akaun Twitter miliknya. Dr Amalina turut berkongsi link tentang kenyataan ini dan menyarankan orang ramai untuk mendapatkan rawatan dari doktor gigi yang sah jika mahu melakukan pemutihan gigi.
Salah satu daripada komen jua mengatakan arang adalah kasar dan berbahaya kepada gigi. Menurutnya gig kuning disebabkan tabiat mium teh dan kopi.
Kredit: Twitter Dr Amalina Bakri
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.