Artikel ini ditaja oleh Beauxlim
Kredit: @dayangsayangkamu/instagram & Beauxlim
“Ku, sayang kepadamu, Dayang cinta kamu....”
Ha, ada yang ternyanyi sekali tak lagu ni?
Siapa yang tak kenal dengan Dayang Nurfaizah? Kehebatan vokal Ratu R&B yang berasal dari Kuching, Sarawak ni tidak perlu diperkenalkan lagi. Lebih dua dekad Dayang Nurfaizah Awang Dowty berada dalam industri, tanpa gosip liar dan kontroversi, Dayang masih relevan dan berada dalam kelas tersendiri.
Tetapi anda perasan tak, selain suara Dayang yang kekal tak berubah, masih mantap sejak dulu... Wajahnya pun nampak muda je kan? Kulit cantik dan kekal langsing kecil molek je! Tak nampak pun macam dah 40-an!
Jom tengok apa agaknya rahsia Dayang...
Rahsia Dayang Kekal Langsing & Cantik Sentiasa?
Kulit yang cantik ni bukanlah kena ada kulit yang putih. Tetapi kulit cantik ini adalah kulit yang sihat, bebas jeragat, jerawat dan glowing.
Untuk dapat kulit yang cantik, tentunya dipengaruhi oleh banyak faktor! Antaranya faktor usia, pemakanan, produk kecantikan dan gaya hidup. Semakin menginjak usia, kulit menjadi kurang anjal dan kusam. Faktor pemakanan ini juga turut mempengaruhi kesihatan penghadaman. Iyalah, ada masanya kita kurang mengambil serat dan ada masanya diet harian tidak lengkap.
Sebab itulah Dayang amalkan siri minuman Beauxlim.
Apa Tu Siri Minuman Beauxlim?
Siri minuman Beauxlim yang Dayang amalkan ni mengandungi 3 produk iaitu:
#1 Beauxlim Y’zu
Kredit: Beauxlim
Minuman berserat tinggi yang diperbuat daripada buah yuzu, limau gedang dan serat larut yang membantu melancarkan sistem penghadaman, mempercepatkan pembakaran lemak serta menurunkan berat badan. Minuman ini mengenyangkan, dan secara tak langsung membuatkan anda cepat kenyang.
#2 Beauxlim Glo10+
Kredit: Beauxlim
Minuman kesihatan tinggi antioksida ini diperbuat daripada ekstrak buah manggis, campuran buah beri dan minuman botani membantu mencantikkan dan mencerahkan kulit serta melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinar UV.
#3 Beauxlim C+D3
Kredit: Beauxlim
Minuman ini diperkaya dengan vitamin C, D3, zat besi dan lutein dengan serbuk epal dan oren. Minuman ini membantu menyokong dan meningkatkan sistem imun untuk melawan penyakit.
Ketiga-tiga minuman kesihatan ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi, tanpa pengawet, perisa dan pewarna tambahan.
Rasanya bukan sahaja sedap tetapi mudah sangat untuk diminum.
Nak cantik dan langsing seperti Dayang? Cepat dapatkan Siri minuman Beauxlim di semua cawang watsons atau beli atas talian di Watsons dan Shopee hari ini. Keyakinanku, pilihanmu!