Murninya hati Elyana ni, saat orang lain menolak anak-anak istimewa tetapi penyanyi ini mengakui telah mengambil anak angkat penghidap sindrom down sejak sebulan lalu.
Bayi lelaki yang diberi nama Tulus itu diperkenalkan buat pertama kali kepada peminat Elyana melalui satu enti di Insta Story penyanyi itu. “Ya, ini anak saya cuma saya tidak melahirkannya”.
Terdahulu, Elyana mengakui pernah hamil anak kedua namun terpaksa digugurkan kerana komplikasi penyakit kanser limfoma yang dihadapinya dikhuatiri membahayakan diri dan bayi dalam kandungan.
Kredit: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.