Penyanyi tanah air, Faizal Tahir telah mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia muzik selepas sambutan raya tahun ini.
Faizal mengumumkan berita tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram yang disertai sebuah gambar surat bertulisan khas buat para peminatnya.
Dalam surat tersebut Faizal mengucapkan ribuan terima kasih setulus ikhlas kepada para peminat yang telah menyokong setiap jejak langkahnya daripada permulaan kerjayanya dan juga peminat yang baru sahaja menyokongnya.
“First and foremost, I want to say thank you to everyone who has been around for the journey.
“Whether you’ve been here since day one or if you just hopped on the train yesterday. Thank you from the bottom of my heart,” tulisnya.
Pelantun lagu ‘Gemuruh’ ini turut menyatakan bahawa beliau tidak sempat berehat sejak tahun 2015 selepas mengendalikan beberapa projek seperti ‘Assalamualaikum’, ‘Anatomi’ dan ‘Rojak’.
Beliau mengaku bahawa perjalanannya sepanjang ini adalah satu rahmat yang dia amat hargai, namun dia sudah burnout.
“It’s been a bit non-stop for me since ‘Assalamualaikum’ in 2015. Anatomi, Rojak, Qibla and all my other projects have all been very rewarding.
“Alhamdulillah, but I have truly run out of gas, the burnout is real,” katanya.
Bahkan, Faizal berkata bahawa ‘Qibla’ adalah hadiah terakhir daripadanya buat peminat tercinta.
Beliau akan mengambil cuti panjang selepas sambutan Raya yang bakal datang. Faizal akan mengambil masa ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dan juga masa untuk dirinya berehat.
“I will be taking a long break after Raya. Some much needed time for Family and myself,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, beliau tidak akan hilang serta merta daripada dunia muzik. Bahkan, Faizal akan masih menulis dan menerbitkan lagu, namun, bukan untuk dirinya.
Faizal turut menyatakan dia akan kembali kelak dan beliau mengakhiri tulisannya itu dengan kata sayang kepada peminat.
Sebelum ini, Faizal Tahir kembalikan nostalgia bersama kumpulan Mirwana khas untuk Ramadan kali ini dengan kemunculan lagu ‘Aku Tanpa CintaMu’ versi 2021.
Lagu tersebut dilancarkan semula pada 12 April 2021, dan kini telah menerima 703,388 tontonan di YouTube.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.