Sumber mstar
Ayie, vokalis kumpulan Floor 88 tumbang di studio semalam akibat tidak cukup rehat sepenuhnya sebelum merakam lagu terbaru kumpulan mereka.
Ayie dikatakan tidak mendapat rehat yang cukup hingga membuatkan dirinya terlalu letih. Jelas Ayie, dia sudah rasa sakit kepala dan bertindak memaksa diri untuk selesaikan semuanya dengan cepat.
Selain sibuk dengan rakaman serta jadual yang padat, Ayie juga dalam persediaan untuk peperiksaan akhir sebagai pelajar jurusan teater di Aswara.
Ketika kejadian, Eric yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Floor 88 sedang membuat LIVE di instagramnya. Eric sempat merakam keadaan Ayie yang tumbang menerusi telefon bimbitnya..
Harry juga memuat naik beberapa keping gambar Ayie yang terbaring di sofa akibat keletihan dan pihak rakaman Rusa Music turut berterima kasih kepada Harry kerana menjaga Ayie.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.