Selepas wajah Yuna dan Layla Sania menghiasi papan iklan digital di Times Square, New York, kini giliran wajah kumpulan Dolla pula dipaparkan di sana.
Berita gembira ini dikongsikan oleh salah seorang ahli kumpulan tersebut, Sabrina Rusli atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Sabronzo, pada Rabu lalu.
Dolla yang dianggotai oleh 4 wanita, Angel, Tabby, Syasya & Sabronzo bernaung di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia telah dipilih oleh Spotify untuk mewakili Malaysia dan Singapura bagi kempen EQUAL.
EQUAL merupakan program global yang dibawakan dalam memupuk ekuiti atau mengetengahkan penglibatan artis wanita di seluruh dunia.
Dolla juga bakal muncul dengan single terbaru berjudul "Berani" pada 24 September 2021.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.