Oleh Ezaura Rafe. Sumber Berita Harian
Kecoh di laman sosial mengenai perbalahan Hafiz Hamidun dan isterinya Joy Revfa secara terang-terangan. Baru-baru ini Joy Revfa telah memuat naik luahan hatinya yang dikatakan bertujuan untuk melindungi maruah dirinya.
"Selama ini, saya berdiam diri dan bersabar kerana ingin menjaga statusnya sebagai 'ustaz penyanyi', tetapi apabila diberitahu dia (Hafiz) menjaja cerita dalam kelambu, tiba masanya saya bersuara.
"Dia menghebahkan cerita tidak pernah 'menyentuh' isteri dari malam pertama hingga sekarang kepada orang luar. Sudah tentu keluarga meminta saya bertindak mempertahankan maruah diri.
Menurut Joy dia tidak akan bersuara jika bukan suaminya yang memulakan dulu mengenai menyebarkan aib isterinya yang tidak pernah menyentuh isterinya. Apa yang membuat Joy terkilan, Katanya kenapa perlu menyebarkan kepada seluruh alam..
"Tidak mengapa, mungkin dia fikir dirinya lebih berkuasa, tetapi ingat Allah lebih berkuasa daripadanya. Semoga Allah mendengar doa seorang wanita teraniaya," katanya lagi.
Sehingga sekarang Hafiz Hamidun belum memberi penjelasan, dan semoga apa yang terjadi ini dijadikan iktibar buat semua pasangan. Buat Hafiz dan Joy Refva semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan cara baik..
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.