Seperti Ramadan pada tahun sebelum ini, penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw ingin mengekalkan tradisi yang dilakukannya setiap tahun iaitu menutupkan ruangan komen di Instagramnya demi menghormati bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini.
Tujuan Melly, 47, melakukan demikian adalah untuk mengajar para netizen untuk menahan diri daripada meninggalkan komen yang kurang enak atau tidak sopan di platform media sosial miliknya sepanjang bulan Ramadan ini.
"Mohon maaf seperti Ramadan tahun-tahun lalu, saya tutup komen selama satu bulan ini.
"Buat yang rindu nak komen, sila tahan selama sebulan ya," katanya.
Meskipun, ruangan komen Melly ditutup, beliau tetap akan memberi promosi percuma kepada mana-mana peniaga kecil melalui slot IG Live yang akan dilakukan olehnya setiap malam selepas sesudahnya menunaikan solat tarawih.
"Untuk peniaga-peniaga kecil yang perlukan promosi, saya akan bantu iklankan secara percuma setiap malam di IG Live setelah kita semua selesai solat tarawih ya," ujarnya lagi.
Sumber: Liputan6
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.