Selebriti dan pengacara terkenal, Noor Neelofa, 32 kembali menjadi topik perbualan warganet di Malaysia.
Warganet atau netizen mula tertanya adakah Neelofa hamil apabila beliau tag nama suaminya, PU Riz atau Haris Ismail, 26, di bahagian perut dalam sebuah foto mereka bersama yang dimuatnaik di Instagram (IG).
Foto tersebut diambil ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Bahkan, di ruangan komen hantaran tersebut rata-rata peminat meninggalkan persoalan tindakan pengacara tersebut dan mula berteka-teki.
Malah ada segelintir peminat turut meninggalkan ucapan tahniah dan mendoakan urusan pasangan dan keluarga mereka ini dipermudahkan.
Sebelum ini, Neelofa dan Haris selamat diijabkabulkan pada 27 Mac lalu di sebuah hotel di ibu negara.
Namun, pasangan tersebut telah dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar SOP ketika melaksanakan majlis pernikahan dan melanggar larangan rentas negeri dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.