Pengacara, pelakon dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor tampil memberi kenyataan dan penjelasan yang telah dikenakan kompaun sebanyak RM 60,000 disebabkan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinannya serta merentas negeri.
Neelofa memaklumkan perkara tersebut menerusi sebuah bebenang di akaun Twitter miliknya.
Menurut Neelofa, dia mengatakan bahawa dia menerima tindakan kompaun itu dengan hati yang terbuka serta menganggap perkara tersebut sebagai satu pengajaran baginya.
“Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris.
“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP,” katanya.
Tambahnya, dia mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak berkuasa dalam menguruskan kesnya itu dan turut memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan.
“Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya.
“Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian,” katanya lagi.
Sumber: Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.