Kredit gambar utama: The Star
Pemain bola sepak antara bangsa Mesut Ozil yang bermain untuk pasukan Arsenal dan juga merupakan pasukan Jerman mengambil langkah untuk meninggalkan pasukan Jerman susulan kritikan berunsur perkauman yang diterima ketika Piala Dunia 2018.
"Dengan berat hati dan selepas membuat pertimbangan sewajarnya, saya tidak lagi akan bermain untuk Jerman di peringkat antarabangsa kerana saya berasakan tidak dihormati selain kritikan berunsur perkauman yang saya terima," kata Ozil menerusi laman Twitter miliknya.
Selain itu, Ozil turut meluahkan rasa kecewanya terhadap Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB) yang gagal mempertahankan dirinya susulan kritikan diterima dan sekali gus dijadikan punca kegagalan Jerman di pusingan pertama pada Piala Dunia 2018.
Kesetian terhadap skuad kebangsaan Jerman juga dipersoalkan ketika Piala Dunia kerana asal usulnya di kedua - dua negara Turki dan Jerman.
"Seperti ramai orang lain, asal usul nenek moyang saya lebih dari satu negara. Walaupun saya membesar di Jerman, latar belakang keluarga saya adalah dari Turki," katanya.
"Saya mempunyai dua hati, satu Jerman dan satu Turki."
Kredit Berita Harian.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.