Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Cerita Kedai Kopi

Paskal: Filem Terbaik Dan Wajib Ditonton Tahun Ini!

Nantikan di pawagam 27 September 2018!
Editor
19 Sep 2018, 05:21 PM

Agak tidak keterlaluan untuk meletakkan filem PASKAL sebagai filem terbaik tahun ini dari segi aksi dan teknikal. PASKAL berjaya membuktikan bahawa anak-anak Malaysia juga mampu menghasilkan sebuah filem berkualiti.

Filem yang diinspirasikan daripada kisah benar ini bakal membuatkan anda rasa teruja dengan kehidupan seorang komando. Babak-babak latihan ahli komando yang begitu ketat pasti membuatkan anda tidak senang duduk. Melihat bot laju diterjunkan dari sebuah helikopter dan melihat aksi terjunan ahli PASKAL memang membuatkan rahang terjatuh.

Filem ini bukan sekadar membawa tema patriotik tetapi terdapat unsur-unsur kekeluargaan yang pasti menyentuh perasaan. “Baru sekarang aku faham kerja kau…” - Ayat seorang ibu kepada anaknya yang bekerja sebagai komando PASKAL sangat lah menyentuh hati sehingga boleh menitis air mata.

Melihat kepada aset-aset ketenteraan yang digunakan pasti membuatkan anda rasa kagum. Kemunculan kapal selam membelah laut, kebolehan helikopter terbang setinggi awan dan beberapa aset lagi membuatkan anda rasa teruja dengan cerita ini.

Dari segi jalan cerita, plot yang dihidangkan agak mudah difahami dan menghiburkan. Banyak aksi yang mendebarkan yang membuat anda tidak senang duduk dipaparkan. Elemen lawak jenaka turut diselitkan bagi memberi warna dan rasa kepada cerita ini.

Watak yang paling menonjol dalam filem ini semestinya Amar Alfian dan juga Amerul Affendi. Kedua-duanya membawa watak dengan baik. 

Tahniah kepada semua warga kerja PASKAL dan terima kasih kerana menghasilkan filem yang memberi inspirasi. Diharapkan ini akan menjadi penanda aras kepada semua penerbit filem untuk menghasilkan filem yang lebih berkualiti.

Akhir sekali, sangatlah tidak rugi anda meluangkan masa dan membelanjakan wang untuk menonton filem ini. Pasti anda tidak menyesal meluangkan masa di dalam panggung wayang. Sangat sesuai ditonton oleh semua orang dan banyak memberi pengajaran kepada kita semua. Sokong lah produk tempatan yang berkualiti demi kelangsungan industri filem kita.

“Negara dan keluarga, sama sahaja!”- PASKAL

7.5/10 untuk filem ini!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us