Kredit: Astro Awani
Pelakon dan pelawak terkenal, Acappan meninggal dunia pagi tadi akibat kegagalan buah pinggang. Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah.
Menurutnyaketika dihubungi Astro AWANI, "Kami terima laporan mengenai kematian itu sekitar jam lima pagi Jumaat. Menurutnya anaknya, Yhuveneshwary, Acappan menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya kira-kira pukul 2.43 pagi di Taman Puchong Utama."
Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam, 63, antara artis berbangsa India yang popular dalam dunia hiburan Melayu sejak tahun 1980an lagi. Acappan meninggalkan seorang isteri iaitu Yogeswari Subramaniam 53, dan 3 orang anak iaitu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.
Upacara penghormatan terakhir akan diadakan di rumahnya kira-kira jam 3 petang ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.