Oleh Ezaura Rafe. Sumber Hanasuva
Wanita zaman kini ramai yang obses untuk jadi putih. Apabila terdapat lambakan produk pemutih di pasaran berasaskan makanan tambahan dan krim, ramai yang boleh mudah terpengaruh. Antara artis Malaysia yang dikatakan mengambil suntikan untuk putih iaitu Adira, tetapi menurut Adira, dia tidak memerlukan suntikan pada wajahnya, sebaliknya mengamalkan 5 cara ini untuk kekalkan kecantikan..
Gunakan krim untuk lembapkan kulit.
Krim pelembap sangat penting untuk kulit sama ada untuk wajah dan tubuh. Kulit kita sentiasa memerlukan lembapan. Jika kulit kekal lembap, sekaligus kulit anda akan kekal cantik.
Makanan perlu dijaga untuk kekal cantik.
Apa yang kita makan, mencerminkan kesihatan kulit. Jika cantik kulit anda, bermakna pemakanan anda sihat. Jika kulit anda bermasalah, cuba lihat gaya pemakanan anda. Bagi yang ada alergik, elakkan makan makanan tersebut..
Amalkan Air kosong..
Air kosong bukan saja untuk elakkan dehidrasi, malah ianya sangat penting untuk kelembapan kulit. Jika badan kita cukup air, kulit akan jadi lebih sihat, lembap dan bercahaya.
Ikuti diet sihat, dan amalkan makan buah-buahan.
Buah-buahan kaya dengan serat dan antioksidan yang ternyata baik untuk tubuh dan kesihatan kulit. Buahan yang kaya dengan vitamin C menjadikan kulit cantik sekaligus mencerahkan kulit.
Manjakan badan dan muka di Spa.
Tak semua orang mempu buat rawatan di Spa, tapi boleh je kalau buat sendiri di rumah..
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.