Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Saman teman wanita sembilan juta sebab kena 'friendzone'

Terluka Kena “Friendzone”, Lelaki Saman Wanita Lebih RM 9 Juta Kerana Anggap Dirinya Cuma Teman Biasa

saman teman wanita sembilan juta sebab kena 'friendzone'

Seorang lelaki yang mendambakan hubungan romantik dilapor nekad menyaman ‘bakal’ teman wanitanya selepas mendapati wanita itu hanya menganggap dirinya cuma teman biasa.

Lelaki tersebut telah menfailkan saman di Mahkamah Tinggi berjumlah S$ 3 juta di Mahkamah Tinggi kerana mendakwa tindakan wanita itu menjadi punca dia mengalami trauma selain menjejaskan reputasi tinggi yang dimilikinya.

Manakala saman kedua pula difailkan di Mahkamah Majistret dengan nilai sebanyak S$22,000 (RM71,495) selepas mendakwa wanita itu telah melanggar perjanjian untuk memperbaiki hubungan mereka.

Tuntutan di Mahkamah Majistret telah dibatalkan oleh Timbalan Pendaftar, Lewis Tan, pada Sabtu lepas. Tan berkata, tuntutan yang dibuat lelaki berkenaan sebagai tidak berasas dan salah satu bentuk penyalahgunaan terhadap proses mahkamah.

Katanya lagi, mahkamah tidak boleh dijadikan alat oleh lelaki itu untuk memaksa wanita berkenaan menjalin hubungan dengannya.

Manakala sesi pra-perbicaraan saman yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi akan didengar pada 9 Februari ini.

Masalah bermula dengan bagaimana mereka melihat perhubungan mereka

Menurut fakta kes, kedua-dua mereka dilapor mula menjalinkan hubungan persahabatan bermula 2016 dan masalah mula timbul sejak 2020 apabila kedua-duanya mempunyai pandangan berbeza mengenai status hubungan tersebut.

Ketika wanita tersebut hanya melihat rakannya sebagai seorang kawan biasanya, lelaki itu pula melihat wanita tersebut sebagai seorang ‘rakan yang istimewa’.

Kurang senang dengan pengakuan itu, wanita tersebut kemudian meminta lelaki berkenaan mengurangkan interaksi antara mereka berdua. Malangnya, permintaan tersebut dibalas lelaki itu dengan surat ugutan saman pada Oktober 2020

Dalam surat tersebut, dia mengugut akan mengambil tindakan undang-undang dengan menuntut ganti rugi kerana mendakwa permintaan wanita berkenaan telah mempengaruhi emosi dan sekali gus mempengaruhi kerjayanya.

Walaupun wanita berkenaan berulang kali memaklumkan tindakan itu menyebabkan dirinya tidak selesa, rakannya tetap mendesak agar mereka mencari jalan memulihkan hubungan mereka.

Wanita terbabit kemudian mengalah dan bersetuju untuk hadir sesi terapi bersama lelaki tersebut sambil berharap dapat menggunakan ruang itu bagi menjelaskan dirinya yang tidak mempunyai apa-apa keinginan untuk menjalinkan hubungan percintaan.

Namun begitu, wanita itu berhenti daripada menghadiri sesi tersebut selepas satu tahun setengah kerana merasakan ia merupakan satu perkara yang sia-sia.

Perbicaraan mahkamah semakin tegang

The Straits Times melaporkan wanita tersebut mula menfailkan dakwaan ke atas pihak lelaki tersebut atas tuduhan mengganggu dirinya pada April 2022.

Sebagai respons, lelaki berkenaan mahu mengemukakan saman dan menghantar pesanan kepada wanita berkenaan dengan terma-terma seperti “kerosakan yang mempunyai asas undang-undang yang kukuh” dan “memburukkan liabiliti anda”.

Merasakan dirinya tidak lagi mampu melayan permintaan lelaki tersebut untuk memulihkan hubungan mereka dan ketidakmampuan rakannya menghormati ruang peribadinya, wanita itu mengambil keputusan untuk memutuskan komunikasi antara mereka berdua pada 14 Mei tahun lepas.

Setelah mendapat respons yang dingin dari wanita tersebut, lelaki itu telah menfailkan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi pada 7 Julai tahun lepas atas dakwaan bahawa kata-kata dan pengabaian yang dilakukan wanita tersebut menyebabkan prestasi kerjayanya sebagai seorang CEO di sebuah syarikat terganggu.

Wanita berkenaan berjaya mendapatkan perintah perlindungan dari mahkamah dan melantik peguam untuk mengendalikan kes tersebut.

Pada 27 Ogos, lelaki berkenaan sekali lagi mengemukakan tuntutan, kali ini di Mahkamah Majistret dan mendakwa wanita itu telah melanggar perjanjian untuk memulihkan hubungan mereka.

Dia turut mendakwa telah menanggung kerugian kerana terpaksa membelanjakan wang untuk sesi pemulihan dan terapi bagi mengatasi trauma yang dialaminya.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}