Elyana, pelakon dan penyanyi ini pernah membuat pendedahkan yang dirinya sedang menghidap kanser kelenjar tahap empat dalam salah satu episod Gegar Vaganza Musim Keempat (GV4).
Dan melalui perkongsian terbaharu di akaun Instagram (IG) Story miliknya, Elyana berkongsi tentang status kesihatan terkininya.
Menerusi perkongsian tersebut, Elyana dilihat sedang berada di hospital. Elyana memaklumkan sel kanser kelenjar yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu sudah merebak ke bahagian saraf tunjang. Doktor yang memeriksanya juga memaklumkan dia berisiko lumpuh jika sel kanser itu tak dibuang.
“Doktor beritahu jika saya tidak bertindak segera atau melakukan apa-apa kemungkinan saya boleh lumpuh. Jadi hari ini, nak jumpa doktor pakar dan bincang apa yang patut dilakukan” Katanya
Elyana turut memaklumkan sesi radiotherapy akan dimulakan hari ini, kali pertama untuk Elyana dan tentunya dia tidak dapat lari daripada perasaan gementar.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.