Kredit : Forum CARI
Pelakon popular Sharnaaz Ahmad dan isteri Noor Nabila sudah 1 tahun mendirikan rumahtangga dan sudah pastinya soalan berkenaan cahaya mata sentiasa bermain di bibir peminat-peminat di luar sana.
Namun, menerusi portal forum CARI, seorang ustaz bernama Shamsuri Shafie memuat naik gambit Sharnaaz berserta isteri dengan memberi gambaran bahawa kedua pasangan itu bakal menimang cahaya mata.
Ustaz Shamsuri menerusi laman Instagramnya mengucapkan tahniah buat Sharnaaz sekeluarga dengan berita gembira itu. Jika benar Nabila kini sedang berbadan dua, kami mengucapkan tahniah buat Sharnaaz dan isteri dan semoga segala urusan dipermudahkan segalanya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.