Kredit gambar utama: @sitisarahraissuddin/Instagram & @pabloamirul/instagram
Shuib Sepahtu dan Pablo Amirul, dua selebriti Malaysia berjaya mencipta sejarah apabila nama mereka tersenarai dalam The Malaysia Book Of Records sebagai ‘Most Numbers of Bees On Human Body (Male)’ bukanlah sesuatu yang mudah.
Menerusi entri di Instagram (IG), Shuib berkongsi pengalamannya ketika dihurung oleh 340,000 ekor lebah di badannya.
"Perkara yang langsung saya tak pernah terfikir untuk buat.... Risiko sangat tinggi sebab sedikit kesilapan mungkin akan menyebabkan saya berada dalam bahaya.... Masa muka ditutupi lebah hampir 3 inci,ketika itu keluar semua muka orang yang saya sayang, semua kata2 semangat dari rakan-rakan, dan paling nyata adalah “Hanya Allah sahajalah tempat bergantung paling Indah”. Ujarnya.
Sementera itu Pablo Amirul dalam entri di Instagramnya juga mengucapkan syukur atas pengalaman berharga ini. Perancangan asal hanya 100 ekor lebah seorang tetapi akhirnya menjadi 340,000 lebah di badan.

Kredit: @sitisarahraissuddin/Instagram, @shuibsepahtu/Instagram & @pabloamirul/instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.