
Oleh Feyra Nasrom Sumber HM
Viral baru-baru ini yang membabitkan pelakon Shukri Yahaya dikatakan menggoda seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Danielle menerusi perbualan Wechat malah wanita itu juga mendakwa Shukri turut meminta dia hantar foto lucahnya.
Menerusi isu panas ini, Shukri Yahaya tidak berdiam diri dan melaporkan kepada pihak berkuasa atas faktor keselamatan dan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya wanita itu terus menyebarkan perkara yang tidak sepatutnya.
Pada masa yang sama, Shukri turut merasa tertekan dan trauma dengan kontroversi tersebut sehingga menjejaskan mutu lakonannya. Tambah Shukri, trauma yang dialami hingga membuatkan dirinya takut untuk menyentuh pelakon wanita ketika penggambaran walaupun watak wanita itu adalah sebagai ibu.
Wanita yang dikatakan sebagai mangsa godaan Shukri itu ada memuat naik bukti perbualannya bersama Shukri, malah bukti panggilan video berserta imej seiras mirip Shukri juga turut didedahkan dan Sarah mendakwa apa yang berlaku bukanlah rekaan mahupun video yang disunting tetapi ia adalah perkara benar yang terjadi.
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.