Minggu lalu selepas menjalani ujian saringan COVID-19, Shuib & Siti Sarah sekeluarga telah didapati positif. Mereka telah menjalani kuarantin di rumah sehinggalah Rabu baru-baru ini, Siti Sarah yang hamil 7 bulan dikejarkan ke hospital lantaran keadaannya yang semakin kekurangan oksigen.
Berikutan keadaan tersebut, melalui muat naik satu posting di Instagram Shuib pagi tadi, beliau memaklumkan bahawa isterinya perlu ditidurkan kerana keadaan yang semakin kritikal. Dan Siti Sarah perlu menjalani pembedahan segera untuk melahirkan bayi dalam kandungan.
Untuk makluman semua, Siti Sarah kini berada di salah sebuah hospital di ibu negara dan keadaanya telah menunjukkan reaksi yang semakin positif.
Sama-sama kita doakan semoga Siti Sarah dan bayi diberi kesembuhan segera.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.