Cerita Kedai Kopi Syamsul Yusof Beri Amaran Kepada ‘Pencuri’ Munafik 2 4 orang dah diambil tindakan.... Editor 19 Sep 2018, 04:04 PM Share Tweet Kredit gambar utama: @syamsulyusoffilm/InstagramFilem Munafik 2 yang mencipta sejarah industri perfileman negara dengan kutipan melebihi RM40juta turut tidak terkecuali daripada menjadi mangsa individu tak bertanggungjawab, merakam dan menyebar video filem ini di Facebook dan YouTube.4 orang dah kena. Mohon hati2 ☝ pic.twitter.com/nflbGHMRLW— Syamsul Yusof (@SyamsulYusof84) September 19, 2018Syamsul Yusof memberi amaran keras di laman Instagram @syamsulyusoffilm dan Twitternya @SyamsulYusof84. Menurut Syamsul “Video yg melebihi 15 saat telah melanggar Copyright Infringement Law. Jika anda berdegil, syarikat kami akan mengambil tindakan kes ke atas anda”.Dalam statusnya juga, Syamsul memaklumkan 4 orang telah diambil tindakan kerana menyebar filem Munafik2 yang masih ditayangkan di panggung. View this post on Instagram Hati2 kalau nak upload/share filem MUNAFIK 2 yg masih lagi tayang dipawagam.Takut nanti surat lawyer sampai depan rumah. Bukan susah nak trace IP address org yg upload tu.Siap boleh dapat ic no sekali dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) . Kadang2 lepas bagi amaran, mereka trus block sy tapi mereka tak tahu team sy lagi 20 org boleh tengok FB/YouTube channel mereka. . Ada yg masih tak faham apa yg mereka buat ni sebenarnya salah besar disisi undang2 Malaysia. . Sila padam video MUNAFIK 2 sebelum IP address anda dikunci. Dengan ini amaran telah diberikan pada anda bertarikh 19 September 2018. Amaran ini akan diguna pakai dimahkamah persekutuan sebagai bukti kukuh jika gagal dipatuhi. . Dakwaan bawah akta hak cipta 1987 Denda 20 Ribu atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. . Video yg melebihi 15 saat telah melanggar Copyright Infringement Law. Jika anda berdegil, syarikat kami akan mengambil tindakan kes keatas anda. Harap maklum. Kasi #share la yer ☝ @maya_karin @cahayaasmawi @fizzfairuzofficial @fauzinawawi_new @nasirbilankhan171960 #munafik2A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on Sep 18, 2018 at 11:07pm PDTPihaknya juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan mereka yang terlibat. Dan jika individu itu berdegil, IP addressna boleh dikunci dan boleh didakwa di bawah akta hak cipta 1987. Sabit kesalahan, anda boleh didenda RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.Kredit: Instagram & Twitter Syamsul Yusof Share Tweet Filled Under : filem munafik2 *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.