Usop, 24, dan Nur Fatihah, 25, selamat disatukan sebagai suami isteri dalam majlis tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Butterworth pada Jumaat.
Dalam majlis itu, Usop menyerahkan mas kahwin berjumlah RM3,000 beserta tujuh dulang berbalas sembilan daripada pihak Nur Fatihah. Usop juga menghadiahkan isterinya seutas gelang tangan.
Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 4 November 2021.
Tahniah dari kami di GEGAR. Kami sentiasa mendoakan agar mahligai yang dibina sentiasa dalam keadaan harmoni dan bahagia. Amin YRA.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.