Tak susah pun nak buat telur masin homemade. Bahan yang diperlukan pun mudah sangat dicari.
Hanya rendam telur ke dalam air garam dalam tempoh 2 minggu dan telur korang sedia dimakan. Cuma pastikan telur yang direndam itu berada dalam keadaan elok, tidak pecah bagi mengelakkan kemasukan bakteria menyebabkan cirit birit.
Bahan - Bahan:
#1 Telur ayam 30 biji
#2 Garam kasar 1kg
#3 Air secukupnya agak-agak telur tenggelam
Masukan garam kasar dan air ke dalam periuk, masak di atas api sehingga garam larut. Biarkan larutan air garam sejuk sebelum masukkan telur. Biarkan telur terendam di tempat yang gelap selama 14 hari. Selepas 14 hari, tukar air rendaman dengan air biasa dan simpan di dalam peti sejuk... Bila terasa nak makan baru rebus.
Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren, masa peram pastikan simpan di tempat yang gelap...
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.