Hari petang yang panas ni, dapat minum air kopi ais kaw memang sedap dan confirm lega tekak! Dapat pula yang pekat, manis dan rasa lemak yang cukup, memang hilang dahaga. Sekali minum memang akan nak lagi!
Kalau nak bancuh kopi ais kaw yang macam ini, ada sukatan dan bancuhannya tersendiri. Hasilnya tak akan mengecewakan, mungkin tak dapat minum kat kafe!
Bahan-bahan
2 sudu besar serbuk kopi premium (pilih roasted sederhana)
1 cawan susu cair
½ tin susu pekat manis
½ cawan air
Ketulan ais
Cara- cara nak bancuh
1. Reneh ½ cawan air biar mendidih.Tutup api. Masukkan 2 sudu besar serbuk kopi pilihan. Biarkan 3 - 4 minit. Tapis tuang masuk dalam jug.
2. Isi 1 cawan susu cair dan ½ tin susu pekat manis. Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air.
3. Biarkan air ais turun. Simpan dalam freezer. Ini sukatan untuk 1.6 liter.
4. Dan ini hasilnya!
Selamat mencuba ya!
Sumber: Vanilla Kismis
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.