Malaysia ni kan terdiri daripada berbilang kaum, jadi tidak hairanlah jika makanan tradisi India menjadi kegemaran orang Melayu, makanan Melayu menjadi kegemaran kaum Cina ataupun makanan Cina menjadi kegemaran orang India.
![resipi masalodeh simple, guna 5 bahan je](https://media2.fishtank.my/media/gegar/assets/articles/43878172_10156890115758578_2227874840096800768_n.jpg)
Masalodeh misalnya merupakan makanan tradisi kaum India tetapi turut dinikmati kaum Melayu dan Cina. Jika anda penggemar makanan ini, apa kata anda cuba sendiri hasilkan masalodeh ni. Senang dan memang sedap dimakan panas-panas.
Bahan-bahan:
- 500g kacang dal (direndam terlebih dahulu)
- 2 biji bawang besar (dihiris)
- 10 tangkai cili kering (digunting kecil)
- Garam (secukup rasa)
- Beberapa tangkai daun kari
Cara membuatnya:
Kisar kacang dal sehingga lumat (boleh letakkan sedikit air jika perlu), masukkan ke dalam bekas, masukkan bawang, cili kering, daun kari dan garam secukup rasa. Gaul rata.
![resipi masalodeh simple, guna 5 bahan je](https://media2.fishtank.my/media/gegar/assets/articles/44028470_10156890115933578_6400265165333331968_n.jpg)
Ambil sedikit dan leperkan di atas sudu (boleh juga menggunakan tangan) dan goreng di dalam minyak panas sehingga warna kecoklatan.
![resipi masalodeh simple, guna 5 bahan je](https://media2.fishtank.my/media/gegar/assets/articles/43829045_10156890115838578_7832696686228013056_n.jpg)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.