Daging ayam antara daging yang paling sedap. Sehinggakan kita tak perasan sekiranya ada sesetengah tempat pada daging tersebut tidak dimasak ataupun mentah mahupun mempunyai kesan darah.
Disebabkan terlalu sedap, kita sering buat tidak endah akan perkara tersebut dan memilih untuk terus makan tanpa berfikir panjang.
Tapi, tahukah anda bahawa sekiranya kita makan daging ayam yang tidak masak dan masih ada kesan darah, pelbagai penyakit yang boleh kita peroleh?
Sebenarnya, daging ayam yang mentah ini boleh menyebabkan keracunan makanan dan menjadi punca kepada sakit perut, muntah dan cirit-birit. Namun, yang paling bahaya adalah boleh membawa kepada kematian seandainya kuman ini masuh ke dalam saluran darah manusia dan merebak ke seluruh tubuh. Perkara ini dinamakan bacteremia.

Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.