Jika pretzel disalut dengan marshmallow dan ditaburi dengan serbuk koko dan coklat memang dah diketahui sedap. Tetapi bagaimana pula kalau pretzel disalut dengan marshmallow dan ditaburi semut hitam dan semut merah?
Iya, kedai ini bukan sahaja menjual hidangan berasaskan semut tetapi ada berbagai jenis pemanis mulut lain seperti keropok kumbang dan cacing rangup. Urghhhh! Baru dengar dah terasa kembang tekak.
Tetapi rata-rata pelanggan kedai ini ‘dah datang sekali, akan datang berkali-kali’. Diorang kata candy semut ni SEDAP! Manis-manis masin; manis daripada marshmallow dan masin tu pula daripada semut.
Korang tak nak try ke?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.