Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

18 lokasi ‘hot spot’ kepala air, 8 tanah runtuh di Kelantan

Lokasi kejadian kepala air melibatkan kawasan rekreasi dan air terjun di Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, Machang dan Gua Musang.
Abdul Muadzar Azizan.
09 Sep 2024, 03:04 PM

18 lokasi ‘hot spot’ kepala air, 8 tanah runtuh di kelantan

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan telah mengenal pasti 18 lokasi rekreasi yang berisiko menghadapi kejadian kepala air dan lapan kawasan yang berpotensi berlaku tanah runtuh susulan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, kawasan kepala air ini termasuk lokasi-lokasi rekreasi dan air terjun di daerah Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, Machang, dan Gua Musang. Beliau menambah, faktor cuaca tidak menentu dan hujan kerap pada waktu petang menjadikan kawasan-kawasan ini sebagai titik panas kepala air.

“Antara kawasan yang dikenal pasti di Pasir Puteh ialah Jeram Pasu dan Jeram Mengaji (Pasir Puteh), Lata Rek, Lata Berangin, Sungai Durian, Air Terjun Istana Sangkut, Lata Chenulang, Lata Y, Lata Kertas dan Air Terjun Jelawang, Dabong (Kuala Krai) selain Lata Hujan dan Lata Bijih (Tanah Merah).

“Lata Janggut, Lata Keding, Lata Turbo, Lata Kashmir di Jeli turur dikenal pasti sebagai lokasi berisiko selain Air Terjun Bukit Bakar dan Jeram Linang (Machang) termasuk Jeram Pelangi, Renok di Gua Musang,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Kelantan di Ibu Pejabat JBPM Kelantan, Tunjong, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainal memberitahu, sebagai langkah persediaan, pihak bomba telah menjalankan rondaan berkala di kawasan-kawasan tersebut yang menjadi tumpuan terutamanya pada musim cuti persekolahan.

Katanya, pihak bomba juga telah bersedia dengan latihan penyelamatan arus deras kepada Pasukan Penyelamat dan Keselamatan Air (SWART).

Dalam pada itu, Zainal berkata, JBPM Kelantan turut mengenal pasti lapan kawasan yang berisiko berlaku tanah runtuh di negeri ini.

“Antara kawasan terbabit ialah di Gua Musang iaitu di Jalan Kuala Betis-Lojing, Jalan Gua Musang-Lojing sekitar Lojing dan di Jeli pula di Lebuh Raya Timur Barat Jeli-Grik dan Batu 18, Jalan Timur Barat.

“Kawasan sekitar Lata Rek, kawasan Gunung Stong dan Kampung Chuchuh Puteri juga dikenal pasti sebagai lokasi tanah runtuh di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Zainal berkata, pihaknya juga telah bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir pada musim tengkujuh tidak lama lagi.

Katanya, tumpuan diberikan terutamanya di kawasan-kawasan yang terjejas banjir termasuk di Pasir Puteh yang menjadi kawasan yang pertama dilanda banjir semasa musim tengkujuh

Sumber : Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us