Jumlah jangkitan COVID-19 dalam negara terus menunjukkan peningkatan dengan jumlah jangkitan sebanyak 3,027 kes baru dalam tempoh 24 jam, 7 Januari 2021.
Daripada jumlah itu, 3,021 merupakan penularan dalam negara sementara baki 6 jangkitan adalah kes import.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara kini meningkat kepada 128,465, dengan jumlah kes aktif kini sebanyak 25,742 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia juga merekodkan 8 lagi kes kematian baharu, menjadikan jumlah korban akibat COVID-19 di Malaysia kini bertambah kepada 521.
Sementara itu juga jumlah kes sembuh baharu turut catat peningkatan dengan 2,145 lagi disahkan pulih, menjadikan kesemua kes sembuh kini meningkat kepada 102,723.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.