Anda dah tengok filem Crazy Rich Asians? Yang dah tengok tu, anda perasan tak ada 5 produk tempatan yang ditampilkan dalam filem ini?
Carven Ong
Terkenal dengan gown pengantin yang menggunakan pelbagai material dann fabrik dalam rekaannya telah menghasilkan dress untuk Araminta Lee dalm filem ini. Untuk dress ini sahaja, fabrik kalis air digunakan dan memerlukan 30 orang pembantu untuk menyusun kristal di atas gown itu sepanjang 3 minggu.
Wardrobe
Butik pakaian lelaki terkenal yang menghasilkan suit untuk Henry Goulding.
Lord’s Tailor
Jenama yang cukup terkenal dikalangan selebriti dan vvip di Malaysia. Suit rekaan Lord’s Taylor pernah disarung oleh Muhammad Ali, Mel Gibson dan Shah Rukh Khan. Di dalam filem ini, suit Lord’s Taylor disarung oleh Ronnie Cheng.
Alia Bastamam
Pereka tempatan yang terkenal dengan rekaan pakaian wanita. Khidmat Alia digunakan untuk membaluti pakaian tetamu di majlis perkahwinan Araminta Lee.
Mandalay
Barang kemas yang direka Mandalay disarung oleh Tan Sri Michelle Yeoh, jenama ini juga merupakan antara yang dicadangkan oleh Michelle Yeoh untuk digayakan di dalam filem.
Kredit: uppre.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.