Memang ringkas pakai kanta lekap, tetapi hati-hati bab penjagaannya. Takut nanti berlaku jangkitan pula pada mata.
Manfaat yang optimum dapat diperoleh sekiranya pemakai mengamalkan pemakaian dan penjagaan yang betul dan selamat.
Berikut merupakan 5 langkah tepat yang perlu anda ikuti.
1. Cuci tangan anda dengan bersih dan keringkan sebelum menyentuh kanta lekap
2. Untuk membersihkan kanta lekap, gosok perlahan-lahan untuk buang segala kekotaran yang ada
3. Jangan rendam terlalu lama kanta lekap. Sekiranya anda tidak menggunakannya lebih dari 2 hari, pastikan larutan rendaman ditukar dengan yang baru
4. Jangan guna semula larutan rendaman berulang kali. Sentiasalah menggunakan larutan yang baru ketika proses pembersihan dan penyimpanan dilakukan
5. Tukar bekas kanta lekap sekurang-kurangnya 3 bulan sekali
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.