Kredit gambar utama: Pexels
Tahukah anda bahawa dengan mengambil menu sarapan pagi yang sihat, berkualiti dan teratur, ianya dapat memberikan kesan yang baik pada tubuh badan anda seperti dapat mengawal nafsu makan, serta membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan serta otak untuk melakukan kerja harian.
Menu sarapan pagi anda haruslah memiliki karbohidrat, serat serta protein yang baik demi membekalkan tenaga sepanjang hari kepada tubuh badan anda. Sarapan pagi yang berkualiti dapat membuat anda kenyang lebih lama dan akan menjadikan perut tahan lapar, di samping proses pencernaan pada usus juga menjadi lebih sihat kerana makanan kaya serat.
Anda sarapan apa hari ni? Jom pilih berasaskan 6 makanan ni, barulah kekal bertenaga sepanjang hari.
#1 Habbatus Sauda
Kredit: minimeinsights.com
Habbatus sauda mempunyai berbagai khasiat kesihatan yang menjadikan tubuh lebih sihat dan bertenaga.
#2 Kekacang
Kredit: Pexels
Kekacang mengandungi bahan antioksidan, vitamin, zink, zat besi, kalsium, potasium dan magnesium yang diperlukan tubuh. Kandungan protein kacang membuat kita berasa kenyang lebih lama dan mengawal keinginan untuk makan.
#3 Madu
Kredit: Pexels
Madu mengandungi protein, glukosa dan fruktosa serta sedikit gula kompleks. Madu bersifat antibiotik, antiseptik, dan antifungal serta mampu memberi tenaga sepanjang hari.
#4 Telur
Kredit: vixen daily
Telur merupakan menu sarapan pagi yang sangat baik. Protein yang terdapat pada telur membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk tempoh masa yang panjang. Dengan mengambil telur sebagai menu sarapan, ianya juga dapat membantu menurunkan berat badan anda.
#5 Oat
Kredit: Pexels
Oat mengandungi karbohidrat, serat, protein, vitamin B dan zat besi yang diperlukan untuk proses metabolisme tubuh badan.
#6 Susu Rizqi
Selalunya susu kambing berbau hamis tetapi tidak Mamadil Susu Rizqi. Susu yang didatangkan dengan perisa coklat dan vanila ni mempunyai rasa yang sedap dan sesuai diambil oleh orang dewasa dan kanak-kanak.
Susu ini mengandungi semua khasiat yang diperlukan tubuh. Kandungan habbatus sauda, madu, kismis, buah zaitun dan kurma menjadikannya makanan terbaik untuk diambil ketika bersarapan. Boleh juga diminum bersama oat!
Apa tunggu lagi? Dapatkan Mamadil Susu Rizqi hari ini melalui wakil jualan sah, farmasi-farmasi terpilih dan di 16 outlet Mamadil di seluruh Malaysia. Layari website dan FB Mamadil untuk info lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.