Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

5 Perkara Suami Perlu Buat Jika Ingin Berpoligami

Kalau tak cukup syarat ni, baik fikir dulu masak-masak!
Sofea Shahrol
06 Oct 2022, 09:11 PM

Poligami bukan mudah. Dan ianya tentu menjadi isu paling ditentang oleh kebanyakkan kaum wanita. Maklumlah, nak jaga seorang isteri pun kadang tak mampu, inikan pula kalau ada empat.

5 perkara suami perlu buat jika ingin berpoligami

Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, si suami perlu melakukan lima perkara asas tersebut bagi mengelakkan berlaku perceraian yang biasanya melibatkan pasangan berusia antara 35 hingga 50 tahun yang mengamalkan poligami.

#1

Katanya, perkara pertama yang perlu dilakukan si suami ialah menyediakan rumah berasingan bagi memenuhi hak setiap isteri.

#2

5 perkara suami perlu buat jika ingin berpoligami

“Seterusnya, suami harus beri wang nafkah yang cukup. Di dalam perintah poligami Mahkamah Syariah perlu dinyatakan terus berapa jumlah nafkah yang hendak diberi oleh suami kepada isteri sedia ada, bakal isteri dan anak-anak.

#3

5 perkara suami perlu buat jika ingin berpoligami

“Kemudian, suami perlu buat jadual bermalam. Jika mahu poligami, tidak adil sekiranya setiap malam hanya rumah isteri kedua. Nafkah batin ini wajib dan ia bukan tentang bersetubuh sahaja namun penjagaan hati dan kasih sayang juga sebahagian daripada nafkah batin,” katanya dalam satu perkongsian di laman Facebooknya semalam.

#4

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, setiap harta yang diperolehi semasa dalam tempoh perkahwinan dengan isteri sedia ada perlu diisyitiharkan sebagai harta sepencarian bersama. Harta sepencarian ni bukan sekadar sumbangan wang ringgit sahaja, sumbangan tak langsung isteri juga macam lahirkan anak pun boleh dikira sumbangan untuk dapatkan harta tersebut.

#5

“Saya cukup tidak bersetuju kalau suami buat keputusan nak poligami namun nikah di sempadan Thailand atas alasan mengelak dari mahkamah atau tidak mahu isteri pertama tahu. Sekiranya mahu poligami, buat permohonan poligami di Mahkamah Tinggi Syariah dan nyatakan alasan serta kemampuan di situ,” kata Fahmi.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}