Kredit: Shutterstock. Edit: Gegar
Anda biasa tak tengok orang dulu kala simpan duit di dalam rumah? Iyalah, bukan senang nak pergi ke bank. Zaman dulu bank tak banyak, nak pergi jauh, kereta tiada dan jaringan pengangkutan pun tak seperti sekarang. Memang tak berbaloilah berjalan berjam-jam untuk simpan beberapa ringgit.
Disebabkan tiada pilihan, kebanyakan orang zaman atok nenek kita ni terpaksa cari inisiatif lain untuk simpan duit. Kami senaraikan antara lokasi ‘popular’ yang menjadi pilihan mereka:
#1 Di celahan susunan baju yang telah dilipat di rak baju
#2 Simpan dalam sampul surat, letak di atas atau gantung di belakang almari
#3 Letak di belakang atau di dalam mangkuk di almari pinggan mangkuk
#4 Simpan bawah tikar
#5 Letak di bawah lapik suratkhabar alas rak dapur atau almari lauk
Memang kreatif kan atok nenek kita dahulu? Walaupun gaji tak banyak, tetapi mereka sentiasa beringat untuk menyimpan. Iyalah, orang kata sediakan payung sebelum hujan. Duit yang disimpan itulah yang akan kita guna pada waktu kecemasan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.