Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

6 Jenis Pokok 'Indoor' Untuk Serikan Lagi Rumah Anda

Kebanyakan tumbuhan 'indoor' ini mudah dijaga dan tidak perlu beri banyak perhatian!
Sofea Shahrol
28 Jun 2023, 02:13 AM

Tumbuhan dalam bangunan (indoor plants) ini bukan sahaja menyerikan setiap sudut rumah anda, malah kehadirannya juga mampu mengurangkan stres.

Bagi anda yang bercadang untuk mengambil peluang ini untuk menghiasi sudut dan ruang dalam rumah dengan kehijauan tumbuhan, ini enam jenis pokok ‘indoor’ yang anda patut kenakan pada ruang tamu atau bilik rumah anda.

Apa yang penting, ia mudah dijaga dan tidak perlu beri banyak perhatian.

1) Pokok Lidah Jin (Sansevieria)

6 jenis pokok 'indoor' untuk serikan lagi rumah anda

Sansevieria atau lebih popular dengan nama, pokok lidah jin antara tumbuhan yang paling susah untuk mati meskipun ia perlu disiram secara berkala. Malah pokok ini sesuai hidup di tempat yang kering dan menerima sedikit cahaya matahari.

2) Pokok Zamioculcas Zamiifolia (ZZ)

6 jenis pokok 'indoor' untuk serikan lagi rumah anda

Semudah namanya, tumbuhan ZZ atau nama saintifiknya Zamioculcas Zamiifolia amat senang untuk dijaga. Walaupun memerlukan pencahayaan yang sedikit, pokok ini mempunyai daya ketahanan yang tinggi kerana ia tidak bergantung pada siraman air berkala.

3) Pokok Saraf (Fittonia)

6 jenis pokok 'indoor' untuk serikan lagi rumah anda

Fittonia sering digelar sebagai ‘tumbuhan saraf’ atau ‘tumbuhan mosaik’ kerana memiliki jenis corak pada vena daunnya yang berurat.

Lebih menarik, tumbuhan kecil ini bukan sahaja berwarna hijau, malah datang dari pelbagai warna iaitu putih keperangan, merah jambu dan kuning.

4) Pokok ‘Hati’ (Philodendron)

6 jenis pokok 'indoor' untuk serikan lagi rumah anda

Tumbuhan ini mempunyai daun berbentuk hati serta batangnya bersifat menjalar yang boleh tumbuh mencecah sehingga 10 kaki panjangnya.

Sesuai diletakkan di rak yang tinggi atau digantung sebagai hiasan, nama ‘philodendron’ itu dikatakan berasal dari perkataan Greek iaitu ‘philo’ bermaksud ‘cinta atau kasih sayang’ dan ‘dendron’ bermaksud ‘pokok’.

5) Pokok Lili Paris (Chlorophytum Comosum)

6 jenis pokok 'indoor' untuk serikan lagi rumah anda

Daun Lili Paris adalah antara tumbuhan dalam rumah yang paling mudah untuk membesar.

Selain dipanggil sebagai ‘spider plant’, tumbuhan ini mempunyai fungsi sebagai pembersih udara kerana ia menyingkirkan gas jenis ‘formaldehid’ dan ‘xilena’.

6) Pokok Monstera (Keju Swiss)

6 jenis pokok 'indoor' untuk serikan lagi rumah anda

Terdapat banyak spesis tumbuhan Monstera ini, namun jenis berdaun dipanggil ‘Keju Swiss’ ini antara spesis yang paling popular.

Dua jenis yang sering menjadi tarikan utama pencinta pokok ialah Monstera Adansonii dan Monstera Deliciosa. Ia digelar keju Swiss kerana lubang terbentuk pada daunnya sama seperti corak lubang pada keju buatan Switzerland.

Selain di kedai nurseri pokok, anda juga boleh dapatkan pokok penghias ini di kedai dalam talian dengan lebih mudah.

Selamat mencuba!

Sumber: Astro Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}