Korea antara negara yang semua orang nak pergi. Selain tarikan budaya, pengaruh drama-drama Korea juga menjadi penyebab kenapa ramai orang khususnya rakyat Malaysia sendiri nak pergi ke Korea. Kami nyatakan beberapa sebab kenapa korang perlu melancong ke Korea sekurang-kurangnya sekali.
#1 Aroma Kimchi

Kredit: jinhokim/Pixabay
Kimchi! Sejenis makanan budaya yang kami boleh kata sebagai Korean signature dish. Tak lengkap rasanya melancong ke Korea kalau tak rasa sendiri Kimchi handmade kat sana.
#2 Mudah Mencari Pilihan Halal

Kredit: Ahmad Rokib/Facebook
Antara masalah pelancong beragama Islam bila melancong ke negara majoriti bukan Islam adalah mencari tempat makan dan kawasan beribadat. Kat Korea ni mudah je sebenarnya. Tempat makan halal ada sana dan sini, masjid pun senang cari macam Masjid Al Fatah Busan ni.
#3 Keindahan Alam Semulajadi

Kredit: Jeju Tourism Organisation/Facebook
Lawa kan Gunung Hallasan kat Jeju ni? Yang tak boleh kita nafikan adalah keindahan alam semulajadi kat Korea yang super duper ohsem. Pemandangan kat sini memang tak berkelip mata lah bila tengok, dah macam tengok lukisan. Cantik sangat.
#4 Taman Tema untuk Kanak-Kanak

Kredit: Shutterstock
Tak perlu pergi ke Disneyland, kat Korea dah ada Everland. Taman tema ni terkenal dan selalu dikunjungi pelancong dari seluruh dunia sebab ada macam-macam tarikan kat dalamnya. Antaranya beruang setinggi bas yang kita boleh tengok melalui perjalanan ala safari! Selain daripada Everland, ada Lotte World juga!
#5 Syurga Mekap

Kredit: Shutterstock
Golongan wanita pasti tak akan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Myeongdong dan Namdaemun. Kat sini ada dijual macam-macam jenis produk kecantikan buatan Korea. Harga pun murah, kena pandai tawar-menawar je. Anda boleh dapatkan banyak sampel percuma juga!
#6 Tarikan Budaya

Kredit: Visit Korea
Itaewon merupakan satu bandar yang terkenal dengan percampuran budaya. Kat sini kita boleh tengok budaya Indonesia, Turki dan Islam khususnya berasimilasi dengan budaya tempatan. Makanan dari negara-negara ni pun senang kalau nak cari kat sini.
#7 Shopping

Kredit: tragrpx/Pixabay
Untuk orang yang gila shopping, Seoul tempat yang tepat untuk dilawati. Kat sini ada bermacam-macam barang boleh dibeli, sama ada produk kosmetik, pakaian atau kraftangan. Harga pula berpatutan dan mengikut kawasan mana beli-belah tu.
Kalau anda nak pergi ke Korea secara percuma, mudah caranya. Sertai peraduan Kopi Hijau Alana!

Untuk menyertai peraduan ni, caranya:
1. Beli Kopi Hijau Alana.
2. Pastikan pek adalah original (pengesahan boleh dilakukan dengan cara mengimbas kod QR pada tepi bungkusan)
3. Imbas kod QR pada tepi bungkusan dan anda akan dibawa terus ke laman peraduan
Pemenang akan menerima hadiah percutian ke Korea untuk 2 orang, TV berukuran 50 inci dan wang tunai sehingga RM2,000!
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman Facebook Kopi Hijau Alana atau laman web Alana Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk ke Korea secara PERCUMA!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.