Zaman semakin canggih dengan teknologi, manakala manusia pula makin attach dengan segala kecanggihan teknologi pada masa kini. Boleh dikatakan, majoriti daripada kita semua adalah kaki gadjet tau! Nak tahu anda seorang kaki gadjet atau tidak, jom kita tengok 7 simptom kat bawah ni:
#1 Bangun tidur mesti cari telefon
Celik aje mata, perkara pertama yang dicari adalah telefon?
#2 Suka ambil tahu pasal gadjet
Banyak pengetahuan mengenai gadjet. Tidak buta teknologi dan sangat peka untuk memastikan gadjet yang dibeli adalan yang terbaik.
#3 Makan sambil tengok telefon
Tak kira tengah makan kat rumah atau di luar, korang mesti akan makan sambil tengok telefon, betul tak?
#4 Obses dengan gadjet baru
Sangat peka dengan keluaran gadjet terbaru dan sanggup berhabis wang untuk gadjet yang terbaru dikeluarkan.
#5 Cerewet nak beli gadjet baru
Tidak terburu-buru untuk membeli sebarang gadjet. Kebiasaan, mereka suka memantau terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli gadjet tersebut.
#6 Suka buat perbandingan
Mereka ada banyak pilihan dalam membuat keputusan untuk memilih gadjet yang paling terbaik buat mereka.
#7 Wajib habiskan masa pada pada telefon sebelum tidur
Eh harus! Mereka yang kaki gadjet akan menjadikan telefon sebagai “santapan” lewat malam sebelum mereka masuk tidur.
Jadi adakah anda seorang kaki gadjet?
Jika ya… jom beramai-ramai datang ke MARA Digital yang berpusat di Kuantan dimana ia merupakan satu pusat khas yang menjual kesemua barang gadjet dan juga aksesori telefon.
Kredit: Utusan
Kewujudan MARA Digital yang bertempat di Kuantan ini sangat memudahkan orang ramai untuk singgah dan cari barang khas keperluan untuk gadjet sahaja. Pusat ini baru sahaja dibuka pada 20 oktober 2017 dan bagi mereka yang ingin mencari gadjet baru, aksesori dan sebagainya, jom datang beramai-ramai ke Mara Digital Kuantan okay!
Selain di Kuantan, Mara Digital turut terdapat di Menara Mara (KL), Anggerik Mall (Shah Alam) dan Ipoh. Cawangan baru juga akan dibuka di Melaka dan Johor pada penghujung tahun 2017 ini!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.