Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

75 Rumah Rosak, Penduduk Temerloh Terkesan Dilanda Ribut

IDRUS, Husna Najwa
10 Jun 2025, 11:06 AM

75 rumah rosak, penduduk temerloh terkesan dilanda ribut

Foto: APM Temerloh

Hujan lebat disertai angin kencang yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini pada petang semalam meninggalkan kesan besar kepada lebih 75 keluarga apabila rumah mereka mengalami kerosakan serius akibat ribut kuat yang melanda sekitar jam 6 petang.

Antara kawasan yang terjejas ialah Taman Sri Kerinau, Kampung Pulau Terap, Taman Pamah Kasih, Taman Pulai Bistari, Kampung Tok Embun serta Kampung Batu 4½ Jalan Maran. Kawasan dalam Mukim Perak 2 dan Mukim Mentakab 2 juga turut dilaporkan terkesan dalam kejadian tersebut.

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, Taman Sri Kerinau mencatatkan jumlah kerosakan paling tinggi, membabitkan 59 kediaman, manakala Kampung Pulau Terap (lima rumah), Taman Pamah Kasih (enam), Taman Pulai Bistari (dua), Kampung Batu 4½ Jalan Maran (dua), dan Kampung Tok Embun (satu).

Walaupun kemusnahan yang berlaku agak ketara termasuk bumbung rumah yang diterbangkan angin dan pokok tumbang yang menghalang laluan, namun tiada kecederaan mahupun kehilangan nyawa dilaporkan dan ini sesuatu yang dianggap sebagai satu kelegaan buat semua pihak.

Setakat ini, tiada keperluan untuk membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kerana kebanyakan mangsa masih mampu tinggal di rumah masing-masing meskipun mengalami kerosakan. Pasukan APM Temerloh telah dikerahkan untuk membuat pemantauan serta mengumpul maklumat terperinci bagi tindakan susulan.

Sebagai langkah bantuan awal, APM turut mengagihkan kit makanan kepada mangsa yang terkesan bagi meringankan beban mereka. Dalam masa yang sama, kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk PBT dan sukarelawan tempatan.

Sumber: Harian Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us