Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

8 Ciri Wanita Idaman Lelaki Untuk Dijadikan Suri

Yang mana nak mendirikan rumahtangga, cuba buat checklist sikit!

Wanita yang ayu, lemah lembut dan sopan antara kriteria-kriteria biasa yang selalu kita dengar yang menjadi dambaan lelaki. Tetapi untuk menjadi suri dan isteri, ia memerlukan lebih dari itu.

Disini ada beberapa kriteria yang dicari oleh kaum lelaki.

1. Sangat memahami

Perkara sebegini memang dicari-cari bukan sahaja lelaki, malahan wanita. Ciri ini amat bagus dalam perhubungan. Lelaki biasanya akan berasa amat senang untuk mendampingi wanita yang mempunyai sifat seperti ini.

Tapi kaum lelaki juga harus memahami tentang wanita. Tak salah beritahu pasangan terlebih dahulu jika anda ingin melakukan sesuatu aktiviti yang mengambil masa lama supaya tidak menimbulkan curiga dihatinya.

2. Bersifat kebudak-budakkan /Manja

Kebanyakan lelaki tertarik dengan wanita yang mempunyai sifat manja dan kebudak-budakan kerana mereka berasa terhibur dengan telatah anda. Tapi jangan manja yang melampau sangat sampai buat mereka menyampah.

3. Menjadi dirinya sendiri

Lelaki tidak gemar wanita yang bersifat kepura-puraan. Tidak perlu berubah menjadi orang lain hanya kerana ingin memikat. Jadi diri sendiri, dan jika lelaki tidak boleh terima diri anda, mungkin itu bukan jodoh?

4. Tidak Banyak Kerenah

Lelaki suka mendekati wanita yang tidak banyak songeh. Anda harus tahu dan faham bahawa sifat, kelakuan, emosi dan minda lelaki adalah ringkas. Sikap remeh, banyak ragam dan kerenah wanita hanya mengundang rasa meluat lelaki.

5. Suka pada kanak-kanak

Wanita yang mempunyai sifat ini, amat disenangi oleh lelaki. Ini kerana mereka berpendapat, wanita yang mempunyai naluri keibuan yang tinggi, penyabar, ceria dan kreatif mampu untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya kelak.

6. Pandai menjaga dirinya sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang mampu menjaga dirinya sendiri. Dia mampu menjaga maruah dirinya sendiri. Tahu mana yang perkara yang baik dan perkara buruk dan tidak akan sekali-kali membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

7. Bijak Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki lebih-lebih lagi dengan orang yang lebih tua darinya. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri.

Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau dikampung. Kadang kala, wanita yang mempunyai sifat sebegini lebih disayang oleh keluarga sebelah lelaki lebih dari lelaki itu sendiri.

8. Pendengar yang baik dan pandai berborak

Lelaki tertarik dengan wanita yang bijak berkomunikasi. Dia boleh diajak bersembang, walaupun pun topik yang dibualkan lebih kepada topik kegemaran kaum lelaki contohnya seperti sukan.

Selain itu juga, dia mampu menjadi pendengar yang baik jika pasangannya mempunyai masalah dan mampu memberikan pendapat dan respon yang baik. 

Sumber: Denai Hati

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}