Seorang lelaki dari Ukraine sanggup tinggal sebumbung dengan mayat adiknya selama lebih 4 bulan, gara-gara tidak mahu kesunyian.
Lelaki berusia 52 tahun itu hanya membiarkan mayat adiknya berusia 42 tahun mereput atas sofa dalam rumah mereka.
Beliau juga menganggap adiknya masih hidup, malah sering berborak dengannya dan makan bersama-sama.
Lelaki itu menjelaskan, adiknya meninggal akibat serangan jantung pada musim luruh lalu dan beliau tidak tergamak untuk mengebumikannya.
Namun segalanya terbongkar apabila jiran lelaki itu menghidu bau busuk dari kediaman berkenaan.
"Kami tercium bau busuk dan melihat seorang lelaki terbaring di sofa dengan ditutup selimut. Alangkah terkejutnya apabila kami membuka selimut itu dan melihat mayat manusia yang mereput dan tinggal rangka.
"Dia kerap berborak dengan mayat adiknya kerana takut kesunyian," katanya.
Selepas laporan polis dibuat, mayat lelaki itu akhirnya telah dikebumikan.
Hasil siasatan lanjut juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan akibat jenayah pada mangsa.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.