Tidak kira anda suami atau isteri, hubungan yang baik bersama mertua merupakan pintu gerbang kepada keberkatan dan kebahagiaan rumah tangga. Berikut dikongsikan sedikit tips atau adab-adab yang mungkin boleh diambil kira di saat berkunjung dan bermalam buat kali pertama di rumah mertua.
- Bantu mertua di dapur
Tak kira lelaki atau perempuan, jika kita menunjukkan kesungguhan untuk meolong untuk menyediakan apa-apa juadah, pasti akan diterima dengan baik oleh mertua. Jangan jadikan alasan “tidak tahu masak” sebagai peluang untuk tidak turun ke dapur. Anda boleh tolong benda-benda mudah seperti potong bawang, tolong gaul masakan di kuali, atau tolong kisarkan bahan-bahan masakan.
Sambil anda menolong memasak, ini merupakan peluang anda untuk berbual dan mengeratkan hubungan anda bersama mertua.
- Mengemas
Sekiranya kita berada di rumah mertua, ringan-ringankan lah tulang untuk tolong mengemaskan rumahg mertua. Boleh difahami jika anda mahu berehat sebentar selepas sampai. Anda pun penat bekerja. Hilang sahaja penat, tiada salahnya anda tolong menyapu sedikit ruang tamu, atau susun kembali kusyen sofa dan sebagainya. Tidak pelulah buat kerja yang terlalu berat sekiranya anda tidak berdaya.
- Tolong jagakan anak kecil
Sekiranya pasangan anda bukan seorang anank tunggal, besar kemungkinan adik beradik ipar anda mempunyai anak-anak kecil. Apalah salahnya sekiranya anda menawarkan diri untuk menjaga anak-anak buah anda sementara ibu bapa mereka berehata atau membuta kerja rumah yang lain.
- Jaga harta benda mertua
Ianya sama seperti kita berkunjung ke rumah orang lain. Secara adabnya dan juga logik akalnya adalah kita menjaga harta benta mertua supaya tidak merosakkan apa-apa, terutamanya yang berharga.
- Basuh, sidai dan lipat baju sendiri
Sekiranya kita membawa baju yang perlu dibasuh, tidak sopan sekiranya kita tidak bertanggungjawab dan menyelenggarakannya sendiri. Lebih elok lagi, anda tolong basuh, sidai dan lipat baju mertua anda sekali.
- Peka dengan barang dapur mertua
Ini adalah tips bonus yang anda boleh buat bagi menambahkan lagi kesayangan mertua anda. Apalah mahalnya jika kita tolong beli barang-barang dapur seperti minyak masak, stok ikan bilis, atau beras. Bila kita perasan stok semakin sedikit, kita pergila ke kedai sebentar untuk beli.
- Jangan bangun lambat!
Ini adalah tip yang paling penting. Terutamanya jika mertua anda orang-orang ‘old school’. Bangunlah pagi dan tolong-tolong sedikit di dapur dalam menyediakan sarapan. Semoga hubungan anda bertambah erat dengan mertua anda.
Sumber: Pesona Pengantin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.