Dengan cuaca yang agak panas sejak dua menjak ini, ramai yang mengalami penyakit-penyakit seperti demam, sakit tekak dan batuk. Adakalanya, penyakit ini boleh melarat dalam tempoh yang agak lama walaupun dah makan ubat.
Satu perkongsian menerusi laman Public Health Malaysia menunjukkan bahawa air garam mampu menyembuhkan penyakit ini.
Air garam rawatan berkesan
Sekiranya anda mengalami demam selsema (demam/ batuk/ sakit tekak/ selsema), air garam merupakan antara rawatan yang berkesan dan mudah.
Bagaimana ia bertindak?
Sel tubuh akan mengunakan klorida dari garam untuk menghasilkan hypoclorus acid , iaitu cecair peluntur yang berfungsi sebagai pemusnah virus.
Caranya?
Untuk masalah selsema, titiskan air garam di hidung. Selain membunuh virus, ia juga berfungsi sebagai agen mencairkan mukus pekat yang menyumbat saluran pernafasan.
Bagi gejala sakit tekak dan batuk, kumur air garam 3 kali sehari untuk melegakan gejala dan merawat jangkitan.
Hasil?
Hasil kajian ringkas penyelidik mendapati, dengan menggunakan kaedah ini,
-
jangkitan dapat sembuh lebih pantas dalam tempoh kurang 2 hari.
-
risiko menyebarkan kuman kepada orang lain di kurangkan
-
dapat mengelakkan dari perlu mendapatkan rawatan di klinik dan menjimatkan kos
-
dapat mengelakkan penyalahgunaan antibiotik
Secara purata, seorang individu akan menghidap demam selsema 3 kali setiap tahun. Selain menyebabkan rasa tidak selesa, komplikasi serius seperti pnemonia juga boleh berlaku.
Dapatkan pemeriksaan lanjut jika masih tidak sembuh atau keadaan semakin teruk
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.