
Oleh Feyra Nasrom Sumber metro.co.uk
Gara-gara melakukan tatu di bebola mata, seorang wanita bernama Catt Gallinger mengeluarkan air mata berwarna ungu disebabkan iritasi serta radang yang teruk berlaku hingga mengeluarkan cecair dari matanya.
Mata Catt kelihatan parah di bahagian putih hingga matanya membengkak dan dia akui begitu menyesal dengan keputusannya melakukan tatu di bebola matanya. Kini matanya jadi lebih parah apabila ia mula membengkak dan berubah menajdi warna ungu.

Walau bagaimanapun, Catt masih lagi belum mendapatkan rawatan doktor dan dia boleh mengalami kebutaan sekiranya lewat mendapat rawatan segera daripada doktor.
Catt kini hanya mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak mendekati apa jua binatang untuk mengelakkan keradangan yang lebih teruk berlaku disamping ingin mempercepatkan proses penyembuhan di matanya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.