
Kredit : Wow Menariknya.
Ramai yang suka menyalakan Air – Cond sejurus masuk kereta untuk menghilangkan hawa panas yang terkumpul. Tapi tahukah anda membuka penghawa dingin ketika kereta dalam keadaan panas boleh membahayakan?
Menurut sebuah kajian, Dashboard, ruanga kereta, dan pewangi kereta akan memancarkan Benzene, iaitu toksin yang boleh menyebabkan kanser atau lebih dikenali sebagai karsinogen.
Ketika anda menyalakan penghawa dingin, secara tidak langsung ia akan memberi kesan seperti plastik terbakar.
Jika kereta anda diletakan di dalam garaj atau ruangan tertutup, kebiasaanya paras Benzene dalam mobil anda akan mencapai 400-800 mili gram. Namun, jika mobil diparking di luar dengan suhu di atas 60 darjah Fahrenheit, secara tidak langsung ia akan menaikkan paras Benzene sekitar 2.000-4.000 mg.
Dengan paras Benzene setinggi itu, ia akan menganggu kesihatan anda. Menurut kajian Benzene boleh meracuno tulang, menyebabkan keguguran, anemia dan bahkan boleh menjadi penyebab leukemia kerana sel darah putih akan terus berkurang.
Rata – rata diantara kita akan masuk ke dalam mobil, suka menyalakan Air - Cond dan membiarkan tingkap tertutup. Hal itu dapat meningkatkan kadar Benzene yang masuk ke dalam tubuh.
Oleh sebab itu, jangan nyalakan air – cond anda dulu, tetapi buka tingkap dan pintu kereta agar udara luar dapat menhilangkan Benzena. Sementara itu, Anda harus menunggu di luar, jangan masuk ke dalam dulu.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.