Akibat ingkar dengan arahan self quarantine, dua orang lelaki yang baru pulang dari bandar ke kampung Plupuh telah dikenakan hukuman denda.

Menurut portal Suara, ketua pemerintah Sragen telah mengurung lelaki berkenaan dalam sebuah rumah berhantu yang jauh dari kampung dan terletak di tengah sawah padi.

Ketua daerah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati pada mulanya menerima laporan mengenai dua warga Plupuh yang ingkar kepada arahan kuarantin. Justeru, beliau mengarahkan pihak berkuasa untuk mengunci kedua-dua pelaku itu di sebuah rumah hantu ditengah sawah padi.

"Ada dua warga di Plupuh yang sepakat dan mau karantina mandiri tetapi di tengah jalan melanggar komitmen itu. Akhirnya, dua warga itu dimasukan ke rumah kosong dan berhantu lalu dikunci dari luar.”, kata Yuni.
Meskipun begitu, kedua-dua lelaki itu tetap diberikan makan dan diawasi setiap masa.
Sumber: Suara
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.